Kerusi malas moden

Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Semoga dipermudahkan urusan untuk hari ini.

Kerusi malas antara kerusi yang terbaik untuk berehat di depan tv. Ayah Sop ada sediakan satu di rumah. Dulu Sop selalu menonton dengan duduk atas kerusi malas. Paling seronok, boleh lunjurkan kali ke depan.

Sekarang ini, ayah Sop masih menggunakan kerusi malas untuk menonton. Kat rumah Sop memang Sop tidak guna.

Baru ini semasa ke Jusco, ada promosi kerusi jenis kerusi malas tetapi konsep berbeza. Bila duduk memang sangat selesa, lebih kurang duduk atas kerusi malas juga.

Oleh kerana sedang promosi, Sop ambil dua terus. Mrs Sop pun suka masa mencuba hari tersebut. Malam tadi Azfar dan Azwar terus rasmi kerusi tersebut.

Kalau berminat, sila ke Jusco kerana harga promosi sekarang ialah RM49.90 sahaja.



Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
pqa
AUTHOR
20 February, 2016 00:15 delete

Kerusi ni bole laraskan utk baring tak?

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
20 February, 2016 09:49 delete

X boleh
Hanya statik sahaja

Reply
avatar