11 March 2012

Jualan murah IKEA 2012

Selamat sejahtera kepada semua rakan.
Apa aktiviti untuk hari ini?

Hari minggu pergi cuci mata di IKEA best juga. Sekarang ini sedang jualan murah yang mana telah bermula 8 - 25 Mac 2012.

Sop dan keluarga memang suka ke IKEA. Seronok untuk melihat hiasan rumah. Kadang kala tidak bercadang untuk membeli tetapi apabila ke sana, pasti ada yang beli. Jika Azfar dan Azwar pula, mereka seronok untuk bermain di pusat permainan IKEA. Boleh lah Sop dan Mrs Sop meronda sepuasnya dalam IKEA.

Seperti biasa, apabila jualan murah pasti IKEA akan dipenuhi dengan pengunjung. Masing-masing tidak akan melepaskan peluang untuk membeli barangan IKEA dengan harga yang lebih murah.

Walau pun pengunjung ramai, anda tiada masalah untuk membeli belah. Sistem pembayaran yang baik tidak memerlukan pelanggan beratur panjang.

Hari ini, Sop membeli 2 barang kelengkapan rumah. Ingin tahu apa dia? Ikuti dalam entry seterusnya nanti.


EmoticonEmoticon