30 March 2012

Blog kod gitar dan lirik lagu


Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Ingin belajar bermain gitar?
Ingin mendapatkan kod gitar untuk lagu?

Blog ZEK GUITAR CHORDS menyediakan kemudahan kod dan lirik lagu kepada mereka yang ingin belajar gitar. Malah beliau menyediakan video untuk panduan yang lebih jelas.

Sop dulu masa belajar gitar, terpaksa mengambil nota dari rakan. Masa itu zaman sekolah, mana banyak duit untuk beli buku dan internet pun tiada. Ada rakan masa itu sangat mahir dan dari situ kami belajar dan menulis lirik dan kod gitar. Tiap-tiap petang berkumpul dan belajar sikit demi sikit. Dari belajar kod satu-persatu sampai boleh bermain lagu-lagu mudah. Mula-mula pinjam gitar kawan, kemudian semasa buat kerja part time, ada duit lebih dan dapat beli satu gitar kapok. Siang malam asyik belajar sampai tidur pun dengan gitar. Hahaha

Masa sambung belajar, semua itu ditinggalkan dan akhirnya gitar pun turut dilelong :) Hehehe

Untuk mentafsir kod gitar pada lirik perlu berdasarkan not-not dan nada. Bagi yang pandai mencari kod yang sesuai sahaja boleh membuat dengan mudah. Biasanya bila sudah tahu, Sop akan hafal kod tersebut dan kemudian bermain berdasarkan lirik.

Ada juga rakan yang bekerja masa tersebut beli buku kod gitar semata-mata untuk belajar kod gitar ini.

Dengan adanya blog seperti ini, lebih mudah kepada siapa yang hendak belajar gitar dan mendapatkan kod gitar bagi lagu-lagu tertentu.

Untuk maklumat lanjut, sila lawat blog ZEK GUITAR CHORDS


EmoticonEmoticon