23 March 2012

Bapa mertua demam denggi

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Moga sihat selalu.

Kes denggi di sekitar Setapak Jaya agak tinggi ketika ini. Bapa mertua Sop baru sahaja kena 3 hari demam. Apabila ke klinik, doktor terus buat pemeriksaan darah. Apabila terdapat seseorang yang kena di kawasan berkenaan, pasti ada virus denggi yang di bawa oleh nyamuk addies. Oleh itu berhati-hati dengan mengambil langkah berjaga-jaga.

Ujian bapa mertua menunjukkan darah berada tahap normal iaitu 118. Suhu demam juga agak tinggi dan badan sangat lemah. Buat masa ini hanya mampu makan ubat demam dan minum air dengan banyak.

Petua untuk denggi ialah makan sup ketam. Tadi apabila ke hospital, terdapat maklumat yang sampaikan oleh orang, ketam yang terbaik ialah ketam nipah. Petang tadi mak mertua telah masak sup ketam bunga. Apabila mendapat maklumat ketam nipah lebih baik, Sop terus ke Carrefour untuk mendapatkan ketam nipah. Di Carrefour ada menjual ketam nipah hidup.

Sop kenal dengan ketam nipah kerana di kampung Sop memang ada ketam nipah. semasa kecil memang biasa makan hasil dari menangkap di sungai. Cara menangkap ketam nipah ialah menggunakan bubu. Kadang kala semasa memancing ada dapat ketam ini. Aktiviti menyuluh juga boleh mendapat ketam nipah.

Esok bapa mertua alam di bawa ke hospital lagi untuk pemeriksaan. Jika palet darah terus turun, kemungkinan beliau akan dimasukkan ke dalam wad.

Doakan agar bapa mertua Sop cepat sembuh yer.

Terima kasih kerana membaca entry ini.


EmoticonEmoticon