12 February 2012

What Would My 3D World be with LG Optimus 3D

Salam 1Malaysia kepada semua rakan.

Dunia 3D tidak lagi asing pada masa sekarang. Masing-masing inginkan 3D untuk menjadikan dunia tontonan lebih 'real'! Oleh sebab itu, ramai yang memilih teknologi 3D untuk menonton wayang, menonton TV, gambar, video dan sebagainya. Teknologi 3D telah memikat hati manusia untuk menjadikan dunia lebih baik!


Oleh kerana itu juga, LG telah mengeluarkan LG Optimus 3D untuk menyempurnakan kehidupan manusia. Telefon menjadi keperluan sekarang ini dan sentiasa berada dengan manusia dalam semua keadaan, waktu dan ketika. Tiada alasan lagi untuk anda terlepas dengan dunia 3D kerana ia sentiasa berada di sini anda.

Jika dilihat kepada penerangan di atas, rakan-rakan boleh agak apa yang mengubah kehidupan Sop apabila memakai LG Optimus 3D. Sekarang ini, telefon bimbit tidak boleh terpisah dengan Sop untuk merakam detik dan pengalaman perjalanan kehidupan, berkongsi dengan rakan, planner, perpustakaan bergerak, sumber maklumat, sosialisasi dan sebagainya. Namun dengan teknologi berada di dalam poket, telefon bimbit akan menjadi lebih sempurna.

Dengan LG Optimus 3D, Sop akan sentiasa merakam saat dalam 3D dan menontonnya dalam 3D. Bagaimana hendak berkongsi? Oleh sebab itu, rakan-rakan lain perlu juga memiliki LG Optimus 3D. Tiada yang sempurna tanpa perkongsian! Terlalu pentingkan diri sendiri jika sesuatu yang menarik hanya untuk diri sendiri, kan? Huhuhu

Jika hendak menonton 3D pada LG Optimus 3D, perlu pakai cermin mata 3D?
Tri-Dual Technology menjadikan 3D boleh dilihat tanpa cermin mata 3D. Sangat hebat bukan? Oleh itu, LG Optimus 3D tidak memerlukan cermin mata 3D!

Sejak melihat iklan LG Optimus 3D, Sop kini tahu telefon yang akan diguna seterusnya. Adakah rakan-rakan juga memiliki impain yang sama dengan Sop?

Sekiranya anda ingin maklumat lanjut mengenai keistimewaan LG Optimus 3D, sila lawat link http://www.lg.com/my/mobile-phones/all-phones/LG-smart-phone-optimus-P920.jsp

LG Optimus 3D pasti akan mengubah banyak perkara dalam kehidupan Sop. Pastikan ianya akan mengubah kehidupan anda menjadi lebih sempurna juga :)

Terima kasih kerana membaca entry ini.

Ia adalah berkaitan dengan peraduan Nuffnang yang boleh dirujuk di sini.


EmoticonEmoticon