15 February 2012

Tidur awal kerana terlalu penat

Salam 1Malaysia kepada semua rakan.

Pernah tertidur awal? Mesti biasa bukan?
Kadang-kala memang kita tidak bercadang untuk tidur awal tetapi kerana kepenatan, kita terlelap awal. Biasa terjadi kepada Sop apabila terlalu penat. Selepas Magrib, sambil menonton pun terlelap. Walaupun pada awalnya telah merancangn untuk siapkan sedikit tugasan atau kerja rumah.

Tengah lena tidur, terpaksa bangkit juga kerana belum lagi solat Isyak. Kemudian menjadi masalah untuk tidur kembali kerana badan telah segar.

Menjadi masalah ialah esok perlu bangun awal untuk bekerja. Jika tidak tidur terus, lagi bermasalah!

Sebaiknya, jika selepas Magrib elakkan terbaring atau berehat sehingga Isyak. Selepas Isyak, baru berehat atau terbaring-baring. Jika tertidur, boleh terus tidur sehingga esok pagi. Jika ada tugasan yang perlu disiapkan, boleh dilakukan dengan bangun sedikit awal pada pagi esok.

Peringatan ini dibawa khas oleh Riwayat Hariku untuk diri sendiri. Elakkan tidur selepas Magrib. Huhihu


EmoticonEmoticon