Pemilik hamster perlu waspada


Apabila melihat hamster, pasti ramai suka untuk bermain, mengusap, memilikinya dan menjaganya. Ada yang sanggup berhabis beratus-ratus untuk memiliki haiwan yang dilihat sangat comel ini.

Azfar dan Azwar sendiri pernah bermain dengan hamster yang dimiliki oleh mak saudara beliau dan sangat suka dengan tikus tersebut. Namun, Sop tidak galakkan kerana bukan sahaja Azfar dan Azwar masih kecil yang belum tahu erti kebersihan sepenuhnya. Risau jika telah bermain-main dengan hamster tersebut kemudian terlupa hendak mencuci makan. Malah, kita tidak pasti semasa bermain tiba-tiba hamster terkencing atau terberak kemudian berjalan sepanjang rumah! Susah-susah...

Malah, kadang-kala dari sangkar tersebut boleh membawa bau kencing merata.

Oleh itu, baik ternak ayam atau itik yang boleh juga makan bila besar.. Hahahah

HULU TERENGGANU - Tikus peliharaan atau hamster dikhuatiri turut berisiko menyebabkan jangkitan penyakit Leptospirosis atau virus kencing tikus khususnya kepada penggemar haiwan comel itu.


Ia berdasarkan jangkitan penyakit itu yang dialami seorang pemilik hamster di negeri ini sehingga mengakibatkan dia kehilangan kedua-dua belah tangan serta kaki baru-baru ini.


Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Telemong, Rozi Mamat (gambar) kerana mangsa tersebut merupakan kenalan rapatnya. (Kosmo)
Previous
Next Post »