Minum petang di Penang Xpress Cafe

Salam 1Malaysia semua rakan.
Sudah minum petang?

Jika belum, boleh singgah ke Penang Xpress Cafe yang terletak di tingkat 1, Festival City. Terdapat pelbagai jenis makanan ala-ala kopitiam yang disediakan seperti mee kari, nasi lemak, laksa dan sebagainya. Slice cake, karipap, roti juga ada disediakan.

Sop baru pertama kali singgah ke cafe ini untuk mencuba. Rasa menu dan konsep sama juga seperti koptiam lain. Ia memberi lebih pilihan kepada pengguna untuk memilih kopitiam. Yang paling penting, ia adalah halal (ada sijil halal JAKIM).

Menu yang kami cuba ialah mee kari dan menu set slice cake. Rasa? Memang sedap :)







Previous
Next Post »