Menonton Journey 2: The Mysterious Island

Salqm 1Malaysia semua rakan. Moga sihat sejahtera selalu.

Sudah menonton filem Journey 2: The Mysterious Island?
Jika belum, bolehlah berhibur dengan filem ini kerana ia adalah cerita yang seronok untuk ditonton bersama keluarga atau rakan.

Sop baru menonton petang tadi bersama keluarga. Jalan cerita yang menarik dan terdapat banyak unsur yang diketengahkan seperti lucu, terkejut, cemas dan sebagainya.

Ia bermula dengan pencarian pulau misteri oleh anak tiri The Rock selepas mendapat mesej dari datuknya. The Rock yang cuba untuk memperbaiki hibungan antara anak tirinya mengikuti pengembaraan pulau misteri tersebut. Tanpa disangka, pulau misteri yang dikatakan dogeng telah dijumpa mereka selepas merempuh puting beliung. Pengembaraan bermula di situ dan beberapa detik cemas dilalui mereka.

Ikuti cerita sepenuhnya dengan menonton Journey 2: The Mysterious Island. Jika Sop cerita semuanya nanti tidak menarik pulakan? Hehehe
Untuk sinopsis atau maklumat berkaitan, sila lawat link:
http://www.imdb.com/title/tt1397514/

Terima kasih kerana membaca entry ini.


Previous
Next Post »