21 February 2012

Kenapa blog perlu mesra telefon atau tablet?

Salam 1Malaysia kepada semua rakan.
Moga hari ini penuh keceriaan :)

Adakah blog anda mesra telefon bimbit atau tablet?
Dewasa ini, tablet dan telefon menjadi alat utama untuk mengakses internet. Jika dulu, untuk melayari internet, hanya komputer yang boleh digunakan.

Teknologi moden sekarang menjadikan internet sentiasa dihujung jari. Inginkan maklumat, terus buka dan cari. Ingin membaca emel, terus dihantar ke telefon atau tablet melalui sistem push emel, ingin bersosial, bila-bila masa melalui laman sosial. Begitu juga dengan blog, ramai yang melayari menggunakan tablet atau telefon.

Oleh sebab itu, adalah penting memastikan blog anda mesra telefon bimbit atau tablet. Kalau telefon rumah atau telefon awam, tak perlu lah mesra. Hahaha (lawak ker?)

Bagaimana hendak memastikan blog anda mesra telefon bimbit?
Bagi blogspot, sila enable mobile view setting. Bagi WP pula, sila pasang plugin mobile.
Namun, jika anda tidak berminat untuk menggunakan setting mobile kerana tidak memberi paparan penuh, fungsi penuh, paparan iklan atau widget penuh, sila pastikan blog anda adalah ringan.

Untuk meringankan blog, kurangkan penggunaan widget yang tidak penting, penggunakan gambar berlebihan, template yang simple dan sebagainya. Terdapat blog yang Sop lawati menggunakan tablet sangat berat. Kadang-kala hampir 'hang' tablet tersebut apabila loading blog.

Semoga blog kita akan terus mendapat kunjungan yang tinggi.
Terima kasih kerana membaca entry ini.



EmoticonEmoticon