17 February 2012

Kelebihan sistem komen Facebook pada blog

Salam 1Malaysia kepada semua rakan.

Dimasa kini, blogger bukan sahaja menggunakan sistem komen asal blog tetapi juga sistem komen dari luar untuk mendapat kelebihan-kelebihan tertentu. Bagi sistem komen WP, ia mempunyai ciri yang unik yang mana boleh diletak auto respond apabila entry diberi komen oleh pelawat. Begitu juga dengan maklumat yang dibalas boleh dihantar  terus kepada pelawat yang menginggalkan komen.

Ciri-ciri seperti ini memberi kelebihan kepada blog untuk terus mendapat pelawat atau memastikan pelawat terus hadir ke blog. Ia lebih penting apabila terdapat komen yang memerlukan jawapan seperti pertanyaan atau persoalan.

Bagi blogspot, sistem komennya adalah ringkas. Sekiranya pengomen tidak tanda kepada 'follow komen', pasti setiap komen yang dibalas tidak akan diterimanya. Berbanding sistem lain yang biasa telah tersedia ada seperti Disqus dan IntenseDebate.

Sekarang ini, sistem komen Facebook turut ramai dipakai oleh blogger. Sop melihat sistem komen FB ini sangat menarik dan mampu memberi hasil trafik yang baik. Caranya ialah apabila pelawat tinggalkan komen, jika beliau tidak buang tik pada "post to wall", bermakna komen itu akan dipaparkan pada wall beliau. Secara tidak langsung, entry anda telah dikongsi pada wall akaun Facebook beliau. Bayangkan jika beliau mempunyai ramai rakan, pasti ramai akan melihat dan melawat ke entry anda. Menarik bukan?

Sop rasa bercadang untuk menggunakan sistem komen Facebook ini juga. Tutorial dari laman web ini Sop telah cuba dan berfungsi dengan baik. Arahan dan tutorial sangat jelas. Untuk tutorial memasukkan sistem komen Facebook ke blogspot, sila lawat link http://www.bloggerplugins.org/2011/09/facebook-comments-for-blogger.html

Edit: Blog Riwayat Hariku berjaya memasukkan komen FB melalui tutorial link berikut:
http://www.allblogtools.com/tricks-and-hacks/exclusive-integrate-facebook-comments-box-for-blogger-in-very-easy-and-simple-steps-full-guide/

Terima kasih kerana membaca entry ini.


EmoticonEmoticon