18 February 2012

Kelayakan Piala Thomas : Malaysia Kalah 0-3 Kepada Jepun

Adakah skuad negara semakin lemah atau skuad Jepun semakin kuat?
Walaupun layak untuk ke kejohanan Piala Thomas tetapi apabila kalah kepada Jepun menunjukkan prestasi skuad negara sangat lemah. Biasa kalah dengan skuad China tidak heran sangat.

Semoga ada pelapis-pelapis menggantikan Datuk Lee Chong Wei!

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Skuad Piala Thomas negara tumpas 0-3 kepada Jepun dalam pusingan separuh akhir Kejohanan Pusingan Kelayakan Piala Thomas Zon Asia di Macau, China Jumaat.


Walaupun kalah, skuad Piala Thomas negara telah pun layak ke pusingan akhir Piala Thomas di Wuhan, China, Mei depan selepas mengalahkan India 3-0 pada peringkat suku akhir pusingan.


Ketiadaan pemain perseorangan No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei ternyata memberi tamparan hebat buat skuad negara untuk mencuri satu mata dari Jepun.


Difahamkan, Chong Wei kini berehat sebelum membuat persiapan bagi menghadapi Kejohanan All England pada 6-11 Mac ini.


Skuad negara dijadualkan akan bertemu pasukan Indonesia Sabtu pada penentuan tempat ketiga dan keempat. - BERNAMA


EmoticonEmoticon