02 February 2012

Karnival “Wow! Putrajaya” 2012


Sukacita dimaklumkan bahawa bagi menyahut hasrat kerajaan untuk menjadikan Putrajaya lebih ceria terutamanya selepas waktu pejabat dan hujung minggu, Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) akan sekali lagi menganjurkan Karnival “Wow! Putrajaya” pada 23-26 Februari 2012 di Sisiran Tasik, Presint 2.

Bertemakan "Wilayah Persekutuan Hijau" yang akan mengetengahkan pencapaian Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan agensi di dalam inisiatif menghijaukan negara ini, Karnival ini akan mengekalkan acara yang telah mendapat sambutan yang menggalakkan pada tahun lepas seperti pertunjukan “tatoo” ATM, persembahan kesenian dan kebudayaan, “hot air balloon”, Upin & Ipin, Pertandingan Fotografi, Sukan Rakyat, Karaoke dan Futsal serta Cabutan Bertuah. Di samping itu, Karnival Wow! Putrajaya pada tahun ini turut memperkenalkan beberapa acara baru antaranya adalah usaha memecah The Malaysia Book of Record bagi acara Inter Park Ride, “Master Gardener” mega, pameran pelancongan dari negeri Perak dan Kelantan, Formula 1 Simulator Championship, pameran kesenian dan kebudayaan antarabangsa, Boboiboy, Lawak “Wow! Putrajaya” serta “Artists Corner”. Hadiah menarik juga turut disediakan di dalam pelbagai pertandingan antaranya pertandingan pakaian kreatif keluarga, pertandingan 3 on 3, pertandingan “Cheer Leader”, pertandingan menghias buah dan pertandingan makan “hot dog”.

Saksikanlah juga M.Nasir, Ella, Ramli Sarip, Hazama, Meet Uncle Husein, Stacy dan Mila dalam Konsert “Wow! Putrajaya” pada 9.00 malam, 25 Februari 2012 yang akan diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

Komen Sop: Jom pakai gi ramai-ramai :)


EmoticonEmoticon