06 February 2012

Jom skating di Tasik Titiwangsa

Salam 1Malaysia kepada semua rakan.

Jom skating di Tasik Titiwangsa.
Tiada roller skate? Tiada masalah, boleh sewa di Tasik Titiwangsa.
Tidak tahu bermain? Ada tenaga pengajar yang mengajar apabila menyewa roller skate tersebut.

Kos yang dikenakan hanya RM5 bagi satu jam termasuk pengajaran. Jika malu hendak belajar, boleh belajar sendiri. :)

Sop dan keluarga baru sahaja mencuba inline skate. Sebelum ini, Azfar dan Azwar hanya memiliki roller skate bertayar 4. Kali ini, apabila mencuba roller skate inline, mereka lebih seronok dengan jumlah ramai pemain memberi lebih semangat untuk mereka belajar.

Sop sendiri mencuba untuk melihat skill dulu masih ada atau tidak. Sop pernah bermain semasa zaman sekolah. Rupanya sudah 20 tahun tidak bermain. Lama gila! Boleh ke main lagi?

Rupanya skill masih ada dan boleh bermain perlahan-lahan. Jika asas sudah ada, memang tiada masalah untuk bermain kembali. Mula-mula agak goyah juga apabila cuba mengimbangi badan. Setelah beberapa minit bermain, akhirnya Sop bertambah lancar mengayuh roller skate tersebut. Lepas ini, bolehlah beli roller skate untuk bersenam. :)

Azfar dan Azwar juga bertambah baik dan boleh berjalan perlahan-lahan di atas jalan tar. Jika di atas rumput, memang tiada masalah. Jika diikut tenaga pengajar, bagi yang baru bermain akan diajar teknik asas di atas rumput kerana pergerakan akan lebih perlahan dan susah untuk jatuh. Apabila semakin baik, akan diajar bermain di atas karpet yang disediakan. Jika boleh mengimbangi dengan baik, baru dilepaskan untuk mencuba di atas tar atau simen.

Kelihatan ramai yang turut mencuba dan memberi anak mereka peluang belajar. Aktiviti riadah yang sangat menyihatkan serta menyeronokkan.

Galeri gambar:







EmoticonEmoticon