28 February 2012

Gambar Mewarna - Superman

Salam 1Malaysia kepada semua rakan.

Jom mewarna gambar superhero yang popular sepanjang zaman :) Superman

Untuk download, 'right click' pada gambar dan 'save'

Info tentang Superman:

Watak Superman dilahirkan di planet Kripton dan sebagai Kal-El dan dihantar ke bumi oleh ibu bapanya sebagai waris terakhir planet asalnya sebelum planet tersebut meletup dan menemui hari kiamatnya. Roket yang memgangkut bayi bernama Kal-El itu mendarat di pekan Smallville, AS dan ditemui oleh pasangan Jonathan dan Martha Kent.

Kal-El dinamakan semula oleh ibu bapa angkat tersayangnya sebagai Clark Kent. Sewaktu membesar dan hidup bersama makhluk Bumi yang biasa, Clark menyedari bahawa dia mempunyai kuasa super yang terpendam selama ini. Apabila dewasa, Clark bekerja sebagai seorang wartawan bagi akhbar Daily Planet di kota Metropolis dan diiringi Lois Lane. (sumber)


EmoticonEmoticon