21 February 2012

Bentuk objek dengan plastisin

Salam 1Malaysia kepada semua rakan.

Plastisin pasti menjadi kegemaran untuk kanak-kanak bermain. Di sekolah, guru-guru turut menggunakan plastisin sebagai bahan bantu menganjar.

Ibubapa boleh mendapatkan plastisin untuk anak-anak bermain sambil belajar. Ia boleh meransang banyak aspek tumbesaran anak-anak seperti kemahiran psikomotor, kreativiti, mereka cipta dan sebagainya.

Namun begitu, aspek keselamatan juga perlu diambil perhatian. Antaranya kebersihan tangan anak-anak selepas bermain, anak-anak kecil dari makan plastisin tersebut, kebersihan rumah dan sebagainya.

Azfar dan Azwar sangat seronok bermain plastisin. Banyak bendak yang boleh dibina. Kebetulan baru ini kami membeli plastisin yang menyediakan set tekap bentuk. Walaupun begitu, membuat bentuk berdasarkan kemahiran sendiri lagi memberi kepuasan.

Kos untuk set plastisin adalah murah sahaja. Ia boleh didapati di kedai-kedai alat tulis.

Galeri gambar:








EmoticonEmoticon