Atlet memalukan negara guna bahan terlarang

Salam 1Malaysia kepada semua rakan.
Impian untuk negara cemerlang dalam sukan telah lama kita harapkan. Kerajaan telah mengambil banyak inisiatif untuk memastikan sukan negara kita cemerlang dalam setiap acara.

Mungkinkah impian yang terlalu tinggi menjadikan atlet kita sanggup menggunakan bahan terlarang? Atau juga atlet kita tidak tahu mengenai perkara tersebut?

Apa yang pasti, bila kejadian ini berlaku, negara yang mendapat malu. Semoga perkara seperti ini tidak berterusan. Usah kerana terlalu ingin mengejar kejayaan, etika dan peraturan pun dilanggar.

Majulah sukan untuk negara!

IMEJ sukan negara ‘tercalar’ selepas dua atlet didapati positif menggunakan bahan terlarang pada temasya Sukan SEA 2011 di Indonesia tahun lalu.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheekantaraindividu yang berasakecewadengan tindakan atlet yang disahkan positif ujian doping itu.

Ahmad Shabery berkata, perbuatan mengambil bahan larangan itu telah memberikan kesan buruk kepada imej sukan negara.

“Saya amat dukacita terutamanya setelah memberi penghargaan pada majlis SkimHadiah KemenanganSukan (Shakam) lalu.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiriyang mengalungkan pingatkepadamerekatetapiperbuatan ini nyata memalukan negara.

Dua atlet negara yang meraih pingat pada temasyaSukan SEA 2011 menerusi acara 4x400m dan angkat berat didapati positif ujian doping. (Kosmo)


Previous
Next Post »