13 January 2012

Tazkirah: Etika berbahasa

Salam 1Malaysia kepada semua rakan.

Perkongsian ilmu dari khutbah Jumaat hari ini iaitu Etika Berbahasa. Kira disaran menggunakan bahasa yang baik, ikhlas, benar. Tidak menggunakan bahasa yang tidak sopan, menyakitkan hati, berbohong dan sebagainya.

Mungkin tajuk nampak ringkas dan mudah tetapi kita sering terlupa tentang etika bahasa. Apabila emosi menguasai diri, kita lupa tentang etika bahasa. Apabil kita teruja, kita terlupa menggunakan bahasa baik. Apabila kita ada kepentingan, kita mula tidak bercakap tidak benar.

Etika berbahasa bukan sahaja dalam percakapan seharian tetapi dalam penulisan (blog, berita, akhbar, buku, majalah), berdakwah, debat, perbincangan, mesyuarat dan sebagainya.

Semoga kita boleh mempratikkan etika berbahasa dalam kehidupan seharian. Amin


EmoticonEmoticon