21 January 2012

Susahnya hendak masuk web ChurpChurp

Salam1Malaysia kepada semua rakan.

Sejak kebelakangan ini, agak sukar untuk log masuk ke web Churpchurp. Ia bermula dengan Churpchurp menyediakan ruang untuk pengguna membuat perkongsian link atau ping entry ke lamannya.

Kemungkinan besar, apabila ruangan ini disediakan kadar penggunaan server Churpchurp meningkat dan menjadikan sukar untuk dilawati.

Malah, dengan ciri tambahan ini juga, menjadikan laman Churpchurp tidak mesra telefon bimbit lagi. Apabila talian internet perlahan, tahap untuk memasuki laman Churpchurp semakin teruk. Biadanya hanya terpapar paparan putih sahaja.

Macam mana hendak tambah pendaoatan dari Churpchurp kalau macam ini? Kalau dapat assigment pun, mesti tidak sempat untuk membuat tweet sebab tidak boleh masuk.

Adakah perkara ini dialami oleh Sop sahaja?
Cobaaan!



EmoticonEmoticon