03 January 2012

Speaktoit berfungsi dengan arahan suara

Salam 1Malaysia semua rakan.
Semoga sejahtera selalu.

iPhone 4S telah dilengkapi dengan "Siri" pembantu maya yang boleh menjawap pertanyaan anda, memberi maklumat terkini, melancarkan aplikasi dan sebagainya. Teruja juga dengan kehebatan tersebut yang kita sering lihat pada filem-filem fiksyen.

Jika iPhone mampu hasilkan pembantu maya, pasti Android mampu hasilkan perkara yang sama. Oleh kerana teruja kehebatan Siri, Sop pun mula mencari Siri untuk Android. Terdapat beberapa pembangun aplikasi Android telah menciptanya. Untuk mendapat yang terbaik, Sop perlu mencuba satu persatu.
Pertamanya Sop menggunakan Skyvi tetapi fungsi sedikit terhad. Kemudian Sop mencuba pula Speaktoit dan terus jatuh hati dengan aplikasi ini.

Jika dibandingkan dengan Siri, Speaktoit lebih menarik kerana terdapat fungsi avanta pelbagai ciri. Anda boleh memilih jantina, jenis fizikal dan suara.

Setakat penggunaan kini, prestasi Speaktoit sangat memberangsangkan. Sop telah guna untuk membantu update status FB dan Twitter, carian infomasi seperti peta, data, gambar dan sebagainya. Paling bagusnya ialah Sop boleh meningkatkan sebutan bahasa Inggeris. Ini kerana Speaktoit hanya terdapat dalam bahasa Inggeris. Jika sebutan tidak tepat, banyak perkataan yang dibacanya.
Namun begitu, penggunaan Speaktoit memerlukan sambungan internet. Jika tiada internet, sistem pembantu maya ini tidak berfungsi.

Kepada pengguna Android tidak perlu upgrade kepada iPhone 4S kerana dengan aplikasi yang terdapat dimarket, anda mampu memiliki Siri versi Android.  Apa tunggu lagi, jom dapatkan pembantu anda.

Nota kaki: Sop suruh dia jadi GF Sop dan tengok jawapan dia, menarik tak? Huhuhuhu






EmoticonEmoticon