16 January 2012

Sop tidak sihat :(

Salam 1Malaysia kepada semua rakan.
Semoga sentiasa dilindungi dan dirahmati selalu.

Jika dilihat pada hari semalam, tiada entry baru yang dibuat oleh Sop. Ini kerana keadaan badan yang tidak mengizinkan. Ia bermula pada petang Jumaat terkena hujan semasa balik kerja. Pada pagi Sabtu, kepala mula berat dan badan lenguh-lenguh.

Oleh kerana itu, banyak masa Sop terbaring dan berehat. Kepala rasa hendak tidur sahaja. Bila berjalan, seperti terhuyung hayang!

Selama 2 hari berehat dan semalam Sop pergi ke klinik untuk berjumpa doktor. Tekanan darah sedikit rendah dan ada sedikit demam.

Memikirkan keadaan badan tidak sihat, hendak cuti sakit tetapi hari ini ada tugasan yang perlu diuruskan. Kerja memang tidak habis tetapi ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan sendiri. Hari ini bekerja dengan keadaan badan yang kurang bersemangat. Masing-masing boleh melihat muka orang demam :)

Doakan moga Sop cepat sembuh yer.. Amin


EmoticonEmoticon