01 January 2012

Selamat Tahun 2012

Selamat Tahun Baru semua rakan.
Masa semakin berlalu dan terus berlalu.
Ramai yang mula membuat refleksi tentang diri, perniagaan, blog dan sebagainya. Adakah refleksi keimanan dibuat juga? Jika ya, alhamdulillah.

Ada yang tidak kesah dengan tahun baru dan ada juga yang sebaliknya. Ada juga hanya menanti sambutan tahun baru sahaja kerana pelbagai aktiviti sambutan yang dilaksanan. Moga kita tidak tergolong dalam kumpulan ini.

Masa hanya sebagai pengukur. Ia boleh dijadikan panduan kepada kita untuk merancang dan menilai. Sebagai contoh, umur akan terus meningkat apabila tahun bertambah. Dengan adanya pengukur ini, kita boleh merancang dengan lebih baik seperti tahun yang mungkin kita kemampuan untuk menunaikan ibadah Haji.

Refleksi 2011 menjadi TOV kepada tahun-tahun yang akan datang. Perkara yang berlalu telah menjadi sejarah. Mana yang buruk dijadikan sempadan dan perkara baik dijadikan tauladan.

Masih teringat petikan khutbah Jumaat yang menekankan tentang azam untuk menambah keimanan kepada Allah S.W.T selain azam keduniaan. Kebahagiaan dunia juga perlu tetapi kebahagiaan akhirat lebih penting.

Semoga tahun baru menjadi peransang untuk kita bertambah baik dalam semua aspek.

Selamat tahun 2012 dari Sop dan keluarga.



EmoticonEmoticon