14 January 2012

Sarapan nasi lemak panas

Salam 1Malaysia dan selamat sejahtera.

Sudah bersarapan?
Jika belum, jom bersarapan di nasi lemak panas di Wangsa Melawati.

Sop selalu juga singgah ke kedai nasi lemak ini. Sop percaya, ramai juga rakan-rakan yang selalu singgah ke sini kerana ia cukup popular. Ia sentiasa dikunjungi ramai pelanggan untuk menikmati nasi lemak.

Apa istimewanya nasi lemak di sini ialah nasi lemak yang dikukus menjadikan nasi tidak melekit. Malah ayam goreng yang panas-panas dihidang menjadikan hidangan nasi lemak lebih menarik. Selain ayam goreng, menu lain turut disediakan untuk pilihan pengunjung.

Walaupun harga sedikit mahal tetapi pengunjung masih ramai. Bagi nasi lemak ayam, harga sepinggan ialah RM6. Harga menjadi perkara yang kedua tetapi yang paling penting keenakan nasi lemak tersebut. Pelanggan sanggup berlebih sedikit demi mendapat hidangan yang sedap. Betul tak?





EmoticonEmoticon