Ruam Campak Azfar semakin kurang

Salam 1Malaysia kepada semua rakan.

Sedikit update mengenai Azfar yang mana Demam Campak semakin berkurangan. Badan tidak lagi demam dan ruam campak semakin mengering. Terdapat ruang yang belum kering tetapi yang paling penting ruang tidak lagi naik.

Sekarang ini menunggu ruam campak sembuh. Baru boleh dibenarkan ke sekolah. Risau juga jika belum betul-betul sembuh, ramai pula rakan sekolah Azfar akan dijangkiti campak.

Kemungkinan, Azfar tidak akan ke sekolah lagi minggu depan. Biar benar-benar sembuh baru ke sekolah. Oleh itu, esok perlu memaklumkan kepada cikgu sekolah Azfar yang beliau belum sembuh sepenuhnya. Banyak juga pelajaran yang akan ketinggalan. Malah, Azfar belum lagi berjumpa dengan rakan sekolah baru.

Terima kasih kerana sudi membaca entry ini. :)


Previous
Next Post »