18 January 2012

Pendapatan blog RM11k setahun?

Salam 1Malaysia kepada semua rakan.
Moga sihat sejahtera selalu.

Jika anda ke blog cikgu Dahlia, pasti akan tahu tentang laporan pendapatan yang didedahkan oleh cikgu Dahlia. Pendapatan sepanjang tahun hasil dari pengiklanan berjumlah RM11k. Jika dipuratakan, hampir seribu sebulan pendapatan sampingan blig beliau. Menarik bukan?

Kalau blog Sop boleh jana pendapatan seperti itu, harus Sop senyum memanjang apabila melihat blog. Hehehe

Bagi yang ingin menjadikan blog sebagai sumber pendapatan tambahan, boleh jadikan cikgu Dahlia sebagai idola atau pembakar semangat. Jika di lihat pada blog beliau, tiada yang luar biasa. Hanya entry yang dikongsi mampu menarik pelawat setia dan juga injin carian.

Bila Sop lihat jumlah tersebut bersemangat juga hendak menjana pendapatan tetapi bukan semua mampu menjadi yang terbaik. Banyak faktor yang perlu dititik berat dan paling penting fokus kepada niat asal berblog. Jika kita ikhlas, berkongsi perkara yang baik, menghasilkan penulisan yang hebat, dan sebagainya, hasil pendapatan akan hadir dengan sendirinya. Jangan lupa juga berdoa kepada Yang Maha Esa kerana Dia penentu segala-galanya.

Jangan pula kerana hendak mengejar pendapatan, semua etika berblog dilanggar.

Untuk lihat laporan asal mengenai pendapatan RM11k tersebut, sila lawat blog Dahlia Journal di www.cikgudahlia.com



EmoticonEmoticon