08 January 2012

Juara Master Chef Malaysia - Ezani

Tahniah kepada Ezani yang menjuari Master Chef Malaysia yang pertama.

Sop kagum dengan dua finalist Master Chef Malaysia yang mana kedua-duanya bukan berasal dari tukang masak. Wahidan dari seorang pekerbun. Sungguh tidak sangka boleh masak dengan baik. Begitu juga dengan Ezani dari seorang doktor gigi mampu menyediakan masakan dengan baik. Ia memberi motivasi kepada kita yang kita mampu lakukan segala-galanya jika kita inginkannya.

Walaupun rancangan Master Chef Malaysia agak perlahan berbanding Australia dan USA tetapi Sop tetap layan. Mrs Sop suka dengan Master Chef :)

Semoga selepas ini, ramai kaum ibu dan tukang masak di Malaysia akan kreatif dan mampu masak dengan baik hasil dari dorongan Master Chef Malaysia.

Jika ada Master Chef Malaysia kedua, pasti akan mendapat lebih banyak sambutan.

Komen Sop: Hebat masak maggi jer... Heheheh


EmoticonEmoticon