24 January 2012

Jom makan malam di SAS Corner

Salam 1Malaysia semua rakan.

Sudah makan malam?
Jika belum, jemput makan malam bersama Sop di SAS Corner. Restoran yang agak eklusif tetapi dengan harga warung. Bagus kan?

Apabila melihat kedai yang hebat, eklusif, elegan pasti kita akan merasakan restoran tersebut meletak harga makanan dengan harga yang tinggi. Tetapi tidak semua! Ada yang masih mengekalkan harga yang rendah tetapi ruang restoran yang selesa.

Konsep ini yang digunakan oleh SAS Corner yang mana restoran ala-ala mewah tetapi harga yang berpatutan. Sop selalu juga singgah kerana ia berdekatan dengan rumah Sop.

Menu yang disediakan ialah masakan panas dan masakan Thai. Terdapat pelbagai jenis menu yang disediakan dari makanan laut, goreng-goreng, barat dab sebagainya. Masakan yang dimasak adalah sedap dan menyelerakan (pada tekak Sop).

Ia hanya terdapat 2 restoran sahaja iaitu di Danau Kota dan Taman Melawati. Kedua-duanya berhampiran dengan Perumahan Plactinum Victory.

Jika kelapangan, bolehlah singgah untuk mencuba.





EmoticonEmoticon