17 January 2012

Demam semakin sembuh

Salam 1Malaysia kepada semua rakan.

Sedikit update tentang diri Sop hari ini. Alhamdulillah, berkat doa semua rakan demam Sop semakin kurang. Badan kurang sakit-sakit dan pening pun kurang. Malam tadi tidur agak lena berbeza dengan malam sebelumnya. Pusing ke kanan tidak kena, ke kiri pun tidak selesa.

Pagi tadi awal-awal telah telan ubat dan antibiotik. Hari ini masih berbungkus dengan baju sejuk di pejabat untuk kekalkan kepanasan badan.

Semoga hari ini, badan akan bertambah baik dan boleh aktif seperti biasa. Bila demam, buat semua benda seperti tidak kena. Hehehe

Terima kasih kerana membaca entry ringkas ini.



EmoticonEmoticon