Antara blog dan pelawat

Salam 1Malaysia semua rakan.
Moga dilimpahi dengan keceriaan selalu.

Agak lama Sop tidak menulis tentang blog, tips dan tutorial. Apa boleh buat, masa dan keadaan tidak mengizikan untuk mengeluarkan idea-idea berkaitan blog. Lagipun, blogger sekarang sangat hebat dan banyak sumber telah dikongsi oleh blogger lain.

Apa yang hendak dikongsi dengan rakan hari ini ialah pelawat blogger. Pertamanya Sop ingin mengucap terima kasih kepada rakan-rakan yang setia singgah ke Riwayat Hariku serta meninggalkan komen yang membina. Ia memberi semangat kepada Sop untuk terus menulis.

Tidak disangkal lagi, pelawat adalah penting untuk setiap blog. Oleh sebab itu, ramai yang membuat pelbagai kaedah untuk memastikan pelawat singgah ke blog. Antara kaedah yang digunakan ialah membuang ping entry, share di laman FB, Twitter, promosi pada shoutbox rakan dan sebagainya. Ada juga menggunakan kaedah SEO dengan membuat entry-entry semasa untuk mendapat trafik dari injin carian.

Trafik kehadiran pelawat dijadikan petunjuk prestasi blog. Apabila jumlah trafik meningkat, pemilik blog tersenyum keriangan. Blog dilihat semakin berkembang dan mendapat perhatian.

Menjadi persoalan, adakah trafik tersebut sekadar pelawat datang dan pergi? Ia terjadi apabila pelawat yang datang dari injin carian dan entry blog tersenarai dalam hasil carian tersebut. Walaupun bergitu, blogger perlu berbangga jika dapat menyediakan sebarang maklumat dari entry tersebut.

Apabila dinilai blog yang mempunyai pelawat yang tinggi, faktor utamanya ialah entry yang menarik. Bukan mudah untuk mewujudkan entry yang menarik tetapi kita boleh belajar dan mencuba sesuatu yang baru. Sentiasa berkongsi sesuatu yang menarik. Sesuatu yang biasa tetapi diolah dengan baik akan menjadikan entry tersebut menarik. Sop suka melihat rakan-rakan blogger yang mampu membuat entry menarik dan cuba mengambilnya untuk digunapakai dalam penulisan Sop.

Jangan lupa menghargai pelawat blog anda dengan memberi kata-kata ucapan penghargaan.

Terima kasih kerana membaca entry ini.


Previous
Next Post »