18 January 2012

2-step verification - Google Setting

Salam 1Malaysia kepada semua rakan.
Moga sihat sejahtera hendaknya.

Pernah guna 2-step verification yang terdapat dalam setting akaun Google?
Sop baru pertama kali guna apabila terjumpa dengan tidak sengaja. Ia adalah fungsi keselamatan berganda untuk mengelak akaun anda disalah guna atau dicuri. Langkah keselamatan yang ketat boleh diambil melalui ciri tambahan ini.

Ia berfungsi apabila anda log masuk ke akaun google di sebarang komputer, paparan pengesahan akan dipaparkan. Verification code akan dihantar ke telefon bimbit yang anda telah daftarkan pada 2-step verification. Sekiranya anda menggunakan komputer peribadi atau komputer yang selamat, anda boleh memilih untuk kekalkan pengesahan untuk 30 hari terus. Jika tidak, setiap kali anda log masuk ke akaun Google, ia akan sentiasa meminta verification code. Dalam masa yang masa, anda akan dihantar verification code secara automatik semasa paparan verification code tersebut. Canggih bukan?

Apabila terlalu banyak sangat langkah keselamatan, kesan buruknya ialah menjadi rimas. Setiap kali hendak log masuk, perlu masukkan verification code. Bila guna komputer lain, sama juga akan berlaku.

Jika akaun Google anda sangat sulit, perlu dikawal rapi kerana melibatkan kos yang tinggi, sebagai aset perniagaan, atau boleh menyebabkan kerugian jika diambil oleh pihak tidak bertanggungjawab, ciri 2-step verification sangat sesuai untuk anda. Ia memberi perlindungan yang berganda kepada akaun Google anda.

Menjadi persoalan, adakah perkhidmatan ini percuma? Berdasarkan kefahaman Sop percuma :).

Maklumat lanjut, sila lawat link: http://gmailblog.blogspot.com/2011/02/advanced-sign-in-security-for-your.html Nota kaki: Telah dilancar tahun lepas, tahun ini baru tahu! Ketinggalan setahun Sop rupanya. Hehehe (muka malu)

1 comment:

  1. alamak xrajinlh nak verify byk2 kali...hope xde org nak curi apa2 kat blog...mmg xde benda menarik pun

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon