22 December 2011

WiFi 1 Malaysia - perkhidmatan internet menarik

Salam 1Malaysia semua rakan.
Semoga sentiasa dirahmati dan berbahagia selalu.

Sekarang ini, 1Malaysia slogan yang tidak asing lagi. Ia bukan lagi sebagai lambang perpaduan tetapi juga dikenali sebagai produk serta jenama buatan Malaysia. Contohnya kedai 1Malaysia, restoran 1Malaysia, barang 1Malaysia, promosi 1Malaysia dan lain-lain lagi.


Terkini yang terdapat di kawasan rumah Sop ialah WiFi 1Malaysia. Konsep yang diketengahkan sangat menarik dan tawaran pakej juga berpatutan. Dengan kawasan rumah Sop yang didiami ramai penduduk berbilang bangsa, jenis, umur dan sebagainya, ia mampu menjadi perniagaan internet yang baik.

Baru hari ini Sop perasan apabila laptop dapat kesan signal WiFi tersebut. Sop pun cuba untuk sambungkan WiFi tersebut. Buat masa ini, ia sedang memberi "trial" kepada pengguna.

Setakat yang Sop guna, tahap kelajuan adalah baik dan berpadanan dengan harga yang ditawarkan. Pajek yang disediakan adalah seperti berikut:

  • RM 2 untuk 24 jam
  • RM10 untuk 7 hari
  • RM30 untuk 30 hari

Bagi pengguna internet tidak tegar, boleh guna pakej WiFi 1Malaysia ini.

Berikut adalah sukatan kelajuan internet WiFi 1Malaysia diuji melalui speestest:


Jika dilihat dari speedtest, tidaklah memberangsangkan kelajuan internet yang ditawarkan tetapi diharap ia akan sentiasa ditambahbaik. Ia memberi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan internet tanpa ikatan bulanan (bayaran bulanan).

Tahniah kepada mereka yang menyediakan perkhidmatan ini dan semoga akan menyediakan perkhidmatan yang terbaik!


EmoticonEmoticon