Suasana di kampung Sop

Salam 1Malaysia semua rakan.
Terima kasih kepada rakan yang singgah ke bloh Riwayat Hariku.

Suasana di kampung Sop adalah sejuk dan lembab sepanjang hari. Matahari agak sukar untuk kelihatan kerana sejak dari hari pertama di kampung, sentiasa hujan dan mendung. Angin juga adalah bertiup kencang.

Bayangkan mandi di awal pagi, air paip seperti air batu. Sungguh menyegarkan.

Semalam tiada banyak aktiviti yang dilakukan di kampung. Azfar dan Azwar hanya bermain sekitar rumah dengan beberapa rakan sebayanya. Selepas solat Jumaat, kami ke rumah mak saudara kerana diadakan majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak sepupu Sop berusia setahun.

Sejak awal pagi, Azfar dan Azwar telah menuntut janji untuk mendapatkan layang-layang. Ini kerana sejak perjalanan balik kampung telah berjanji untuk membelikan layang-layang ketika di rumah tok ki (datuk). Pada sebelah petang baru dapat menunaikan janji tersebut dengan membelinya di Pantai Batu Buruk. Angin di pantai sangat laju. Sempat kami bermain sebentar. Kelihatan ramai pengunjung yang beriadah di pantai.

Hari ini, mereka menuntut untuk bermain lagi layang-layang kerana semalam belum lagi puas untuk bermain.



Previous
Next Post »