Menu - Udang tepung dan siakap stim

Salam 1Malaysia semua rakan.
Makan apa malam tadi?
Tajuk seperti Sop hendak kongsi resepi. Maklum sahaja musim masterchef sekarang ini. Tetapi tidak kerana Sop hanya tahu masak makanan simple dimple sahaja. Kalau hendak makan sedap-sedap, kenalah orang lain masak. Hehehe
Menu yang dimaksudkan ialah makanan malam kami. Siakap stim masak halia memang sedap. Dengan masakan yang cukup rasa, pasti ikan siakap tersebut tinggal tulang sepenuhnya. Bekas yang digunakan juga adalah menarik yang mana berbentuk ikan dan terdapat lilin di bawahnya untuk memastikan kuah dan ikan sentiasa panas. Udang goreng sotong pula tidak kurang sedapnya. Lebih-lebih lagi dimasa perut kosong. Bila lapar, semua sedap kan?
Kedai yang sentiasa menjadi kegemaran Sop ialah restoran Sofian yang terletak di Setapak Jaya. Ia bukan sahaja murah tetapi masakan Siamnya sangat best :)
Namun makan, kenalah beringat. Kesihatan perlu dijaga. Pastikan makan secara sihat.
Terima kasih kerana membaca entry ini.


Previous
Next Post »