20 December 2011

Jom buat topeng sendiri

Salam 1Malaysia semua. Apa khabar? Semoga sentiaosa diberkati.

Jom buat topeng! Kisah bermula apabila Azwar merengek-rengek hendak topeng. Sejak kebelakangan ini, Sop memang jrang melayan kemahuan Azfar dan Azwar beli mainan. Azfar sudah faham sedikit cuma Azwar yang masih kurang faham dan selalu ingin beli mainan.

Semalam semasa di Tesco Ampang, dilihatnya topeng yang dijual di kedai. Bersungguh-sungguh beliau ingin beli topen power rangjers tersebut. Untuk memujuk tidak membelinya, Sop umpan untuk ajak balik dan buat sendiri topeng.

Di rumah, Sop guna kertas kotak dan lukis gambar topeng yang mereka hendak dan minta mereka warnakan topeng tersebut.

Bukan sahaja jimat tetapi boleh mengasah kemahiran mereka juga. Beli-beli mainan bukannya mereka hendak main sangat. Sekrjab sahaj lepas tu bosan dan buang merata. Tu yang malas hendak beli. Kalau kat kampung dulu (masa Sop kecil), mana ada beli mainan beli. Semua permainan berasaskan buat sendiri seperti wau, bedil buah, cokak tanah, biji getah dan sebagainya. Ada sahaja yang boleh dibuat untuk dijadikan permainan.

Seronok zaman kita dulu berbeza seronok dengan zaman sekarang kan?

Terima kasih kerana membaca entry ini.







EmoticonEmoticon