11 December 2011

Cabut gigi susu Azfar

Salam sejahtera dan selamat hari minggu semua.

Anda takut dengan doktor gigi?

Jika takut, pasti anda fobia dengan doktor gigi. Rasanya ramai yang mengalami masalah ini kerana pengalaman cabut, drill, cuci dan sebagainya adalah menyakitkan. Lagi pun, bukan selalu berjumpa dengan doktor gigi bukan?

Azfar pada awal-awalnya takut juga dan beberapa minggu Sop cuba memujuk untuk berjumpa doktor. Akhirnya berjaya membawa berjumpa doktor gigi di klinik berhampiran rumah Sop. Lagipun, gigi kekal semakin banyak keluar dan gigi susu telah menjadi senget.

Doktor telah menggunakan gel kebas untuk mengurangkan sakit. Lagipun, gigi susu Azfar telah goyang dengan banyak. Cuma gel kebas tersebut tidak menghilangkan rasa sakit keseluruhan seperti suntikan ubat kebas.

Untuk mengilangkan rasa takut, doktor telah memasang tv rancangan kartun yang ada di dalam bilik tersebut. Kelihatan sedikit sakit apabila gigi tersebut ditarik tetapi Azfar dapat menahannya. Mungkin hanya sedikit rasa sakit tersebut. Kedua gigi susu tersebut dapat dicabut dengan jayanya.

Pengalaman pertama adalah penting untuk memastikan Azfar tidak fobia dengan doktor gigi. Ini kerana banyak lagi gigi susu yang perlu dicabut apabila gigi kekal keluar nanti. Jika dibiarkan, takut gigi kekal akan tidak sekata kerana gigi susu masih ada.

Kos untuk mencabut sebatang gigi ialah RM30.





EmoticonEmoticon