16 December 2011

360 Launcher V1.2 untuk Android

Salam 1Malaysia kepada semua rakan-rakan.

Agak lama tidak buat entry bagi kategori Android. Mungkin tiada perkara menarik yang hendak dikongsi kepada pembaca. Jika ada perisian atau aplikasi, biasanya Sop akan berkongsi di blog http://androidpluz.blogspot.com atau group facebook Pemilik Android.




Entry kali ini Sop ingin berkongsi 360 Launcher V1.2 yang sangat lancar, ringan dan menarik. Pada asalnya Launcher ini hanya berbahasa Cina tetapi telah diterjemah oleh pembangun Android. Walaupun tidak keseluruhan diterjemah, tetapi ia masih boleh digunakan kerana sekarang ia berada di BETA 1.2.

Selain itu, ramai juga pembangun Android yang telah mencipta tema/themes bagi 360 Launcher ini. Oleh itu, pelbagai tema yang boleh dipilih melalui Launcher ini.


Sop sekarang sedang menggunakan Launcher ini. Prestasi sangat baik seperti yang dinyatakan. Kepada rakan-rakan yang ingin mencuba paparan baru Android, boleh guna Launcher ini. Terdapat beberapa pilihan setting Launcher disediakan untuk menjadikan ia dinamik. Contohnya effect pada desktop atau drawer, lock screen dan lain-lain lagi. Anda hanya perlu explore untuk melihat kesemua keistimewaan yang ada. :)

Untuk mendapatkan 360 Launcher V1.2 ini, sila ke http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=1345601

Link untuk tema juga disediakan di link tersebut.

Selamat mencuba :)


EmoticonEmoticon