07 November 2011

Tube coolant ER6N yang pecah

Salam Aidil Adha kepada semua rakan-rakan muslim.

Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera. Sop masih lagi belum sembuh kesan dari terkena coolant panas pada Selasa lepas. Gelembung telah berkurangan tetapi masih belum kering. Kulit kelihatan merah dan air bisa masih keluar.

Hari ini baru kesempatan menghantar motor ke bengkel. Untuk memastikan dapat dibawa ke bengkel, modifikasi sementara dilakukan dengan menampal tape.

Motor dapat dihantar ke bengkel dengan selamat. Semasa perjalanan, coolant telah keluar tetapi tidak terpancut jauh. Kaki sememangnya diletak jauh dari coolant tersebut. Takkan hendak pisang berbuah dua kali kan?

Bila ditanya pada pomen, punca tube tersebut pecah ialah tube sudah lama. Memang ada yang terkena perkara yang sama. Kepada pemilik ER6N, sila berhati-hati. Pastikan periksa selalu keadaab tube jika telah lama. Bagi ER6F mungkin kurang berisiko terkena coolant panas kerana terdapat penutup tepi.

Tube tersebut tidak dapat ditukar hari ini kerana perlu ditempah. Oleh demikian, motor terpaksa di tinggalkan dulu di bengkel.




EmoticonEmoticon