11 November 2011

Tarikh 11.11.11 menarik kan?

Salam 1Malaysia semua rakan-rakan.

Hari ini merupakan tarikh yang menarik. Ramai yang akan menggunakan tarikh ini sebagai pengingat sejarah atau peristiwa seperti perkahwinan, bertunang, beli rumah, masuk rumah dan sebagainya. Malah ada yang percaya tarikh tertentu memberi nasib yang tertentu. Bagi agama Islam, ia adalah ditegah percaya kepada perkara sebegini. Semua kejadian adalah kehendakNya.

Tarikh yang menarik boleh digunakan sebagai pemudah untuk kita mengingati sesuatu acata atau peristiwa.

Sop setakat hari ini tidak pernah lagi guna tarikh-tarikh sebegini. Mungkin tarikh-tarikh lain kot sebab banyak tarikh penting sejarah hidup Sop telah lupa. Hehehehe

Nota kaki: Tarikh 12.12.12 nak beli kereta Ferrari sebijik. Hehehehe (berangan jer)



EmoticonEmoticon