23 November 2011

Berada di Hotel Impian Morib

Salam sejahtera semua rakan-rakan.

Hari ini Sop berada di Hotel Impian Morib, Banting, Selangor. Sepatutnya ke sini semalam tetapi terdapat urusan lain yang lebih penting.

Ini adalah kali kedua Sop sampai ke Hotel Impian Morib ini. Tiada perbezaan dari Sop datang dulu. Cuma beza dulu Sop tinggal di bilik biasa dan kali ini Sop dapat bilik chalet berkembar 2.

Berada di chalet ini agak jauh dari dewan mesyuarat kerana ia berapa jauh di tepi pantai. Untuk view, ia sangat cantik kerana beranda yang mengadap pantai. Dengan jelas boleh melihat permandangan pantai.

Kelemahan berada di chalet berbanding bilik hotel dibangunan utama ialah tiada susur gajah disediakan. Adalah bermasalah jika berlaku hujan. Walaupun payung disediakan di dalam bilik tetapi hanya 1 sahaja disediakan. Selain itu, WiFi tidak disediakan di kawasan chalet.

Petang semalam, sempat meronda di pantai Morib yang tidak jauh dari hotel ini. Kelihatan telah dinaiktaraf dan sangat menarik. Terdapat warung-warung, tapak permainan, tandas dan kerusi untuk berehat.

Galeri gambar:











EmoticonEmoticon