29 November 2011

Play FB Game dengan Dolphin Browser - Android

Salam 1Malaysia kepada rakan-rakan.

Terdapat rakan yang bertanya bagaimana hendak bermain permainan Facebook melalui tablet Android?

Bagi yang menggunakan pelayar internet asal Android, pasti akan mengalami masalah untuk flash load walaupun flash player telah dipadang

Cara termudah ialah menggunakan pelayar internet Dolphin. Terdapat beberapa pilihan Dolphin di market iaitu Dolphin mini dan HD. Bagi tablet seperti Galaxy Tab atau lain-lain, bolehlah menggunakan Dolphin HD kerana ia mempunyai prosesor dan memori yang besar. Bagi telefon pula, adalah baik menggunakan Doplhin mini yang lebih ringan.

Semasa mula buka selepas pemasangan Dophin, tanda pada flash untuk enable. Kemudian, install flash player terkini jika belum dipasang. Pada paparan Dophin, ia akan dipaparkan keperluan flash tersebut. Apabila klik, ia akan dibawa terus kepada market.

Jika tidak keluar juga flash, sila ke setting Dolphin dan pastikan javascript telah di enable.

Setelah mencuba terdapat sedikit masalah apabila proses kawalan permainan. Pada pc, ia mudah dikawal melalui tetikus tetapi jika touchscreen, ia lebih sensetif.

Nota kaki: Sop tidak suka bermain permainan FB :)



EmoticonEmoticon