Peha melecur terkena air coolant

Salam sejahtera kepada semua rakan-rakan.

Peha melecur? Peha siapa?
Jeng jeng jeng

Cerita bermula semalam dalam perjalanan balik ke rumah. Sedang menanti lampu isyarat berwarna hijau, tetiba peha terasa panas. Apabila pandang ke arah peha, kelihatan air coolant motor sedang terpancut keluar. Tempat bocor tersebut betul-betul di peha kiri! Apabila terkejut dengan air coolant panas yang terpancut tersebut, Sop terus melompat turun dari motor. Motor dibiarkan terbalik!

Kelihatan air coolant terpacut terkeluar dari coolant tube. Ketika itu, peha terasa sangat panas dan pedih. Sop matikan injin motor dan lihat kerosakan. Hasil terbalik tersebut, sedikit calar dan tempat letak kaki patah. Tube coolant yang bocor tidak pasti puncanya.

Setelah semua agak ok, Sop mula menyorong motor untuk di simpan di rumah. Kebetulan sudah tidak jauh dari rumah. Kemudian ada motosikal yang menawarkan bantuan untuk menolak motor. Terima kasih kepada brother tersebut.

Selepas menyimpan motor, Sop terus ke klinik untuk mendapat rawatan. Tempat terkena air coolant panas tersebut disapu dengan cream. Kelihatan peha merah dan gelembung mula kelihatan. Rasa panas dan pedih semakin terasa. Selepas selesai mengambil ubat, Sop terus balik rumah.

Pagi ini, gelembung semakin besar. Oleh kerana terdapat tugasan yang perlu di selesaikan, Sop terpaksa kuatkan semangat hari ini. Jalan pun ala-ala robot kerana sedikit pedih apabila berjalan.

Nota kaki: Jangan renung gambar tu lama -lama yer :) Segan peha Sop. Hehejejehe


Previous
Next Post »