01 November 2011

Galaxy Tab tukar themes Ice cream sandwich 4.0

Salam 1 Malaysia kepada semua rakan-rakan.
Semoga semua dalam keadaan sejahtera bersama orang yang tersayang.

Agak lama Sop tidak membuat entry tentang Galaxy Tab. Kali ini Sop ingin berkongsi tentang themes Ice cream sandwich (ICS) yang dinanti-nanti ramai peminat Android. Walaupun Honeycomb 3.0 baru sahaja dilancarkan tetapi ia hanya untuk Tablet sahaja. Berbeza dengan ICS 4.0 yang akan digunakan oleh tablet dan juga telefon.

Terdapat pembangun sistem dan themes yang tidak sabar-sabar menanti kemunculan ICS 4.0 ini dan cuba membangunkan themes-themes yang menyerupai ICS.

Sebelum ini, Sop hanya mengubah themes atau wajah Galaxy Tab menggunakan perisian Launcher. Perbezaan antara Launcher dengan penukaran themes ialah Launcher hanya untuk paparan depan atau desktop sahaja. Tetapi penukaran themes melibatkan semua paparan.

Penggunaan Launcher lebih kepada pengguna basic dan mudah. Ia selamat digunakan kerana tidak mengubah sebarang fail sistem. Bagi penukaran themes, ia melibat fail sistem dan tahap medium. Walaupun agak susah tetapi hasil sangat memuaskan.

Untuk menukar themes Galaxy Tab anda, sila lawat di sini untuk penerangan dan muat turun fail.

Galeri gambar:






EmoticonEmoticon