10 November 2011

Dilanggar dari belakang

Salam 1Malaysia rakan-rakan.
Moga semua sihat sejahtera :)

Story yang berlaku pada pagi tadi yang telah dimasukkan dalam segmen gambar hari ini. Ia bermula dengan pagi ini Sop menggunakan motor pak mertua untuk ke mesyuarat di De Palma Ampang. Motor Sop belum siap dibaiki dan untuk mengelak kesesakan, Sop pinjam motor pak mertua. Jika menggunakan kereta, pasti lewat dan penat bersesak di pagi hari.

Selepas menghantar Mrs Sop, Sop terus ke hotel melalui jalan Ampang. Ketika berhenti belakang bas yang menurunkan penumpang, tiba-tiba "streeeettt" bunyi tayar motor yang dibrek. Belum sempat Sop menoleh, "kedebushhhh" motor tersebut melanggar belakang motor Sop tunggang. Nasib baik tidak terkena Sop dan motor yang terlantum ke depan sempat dibrek dan terkena bas sedikit. Jika Sop tidak brek, pasti bahagian depan turut teruk kerana lantuman dari pelanggaran tersebut menyebabkan motor ke depan dengan laju.

Apabila melihat kesan pelanggaran tersebut, memang sah agak laju motor tersebut. Menjadi persoalan, bagaimana mamat tersebut boleh melulu laju sedangkan bas punya besar di hadapan sedang berhenti. Apabila ditanya beliau memaklumkan masih baru belajar bawa motor dan terpampang lesen L. Dan mamat tersebut warga Indonesia. Adus! Memang nasib Sop yang tidak baik tetapi bersyukur kerana tiada kecederaan pada diri Sop.

Beliau bersetuju untuk mengganti kerosakkan motosikal. Kami singgah ke bengkel berhampiran tetapi tiada stok dan tiada pekerja. Perlu tunggu tengah hari. Sop banyak kerja lain dari hendak tunggu ambil barang. Perlu ke kedai lain yang berbangsa lain. On the spot dia boleh bagi jumlah kerosakan. Dalam setengah jam juga, motor siap dibaiki sepenuhnya.

Mamat tersebut minta izin untuk mengambil duit untuk membayar kos kerosakkan. Sebagai jaminan, Sop memengang lesen beliau. Pada tengah hari, beliau datang jumpa Sop untuk membayar kos tersebut. Kes selesai.

Nota kaki: Malang tidak berbau




EmoticonEmoticon