06 November 2011

Diari Aidil Adha 2011

Salam Aidil Adha kepada semua rakan-rakan.
Banyak dapat daging korban?

Diari Aidil Adha Sop dimulakan dengan solat sunat Aidil Adha di kawasan rumah Sop. Solat sunat bermula pada jam 8.30 pagi.

Ramai juga jemaah yang hadir sehingga ruang surau penuh. Pihak surau telah menyediakan dua khemah untuk tambahan ruang solat.

Selesai sahaja solat sunat Aidil Adha, kembali ke rumah. Aktiviti seterusnya ialah beraya ke rumah mertua.

Hajat di hati hendak tolong aktiviti korban tetapi apabila lihat kecederaan peha, Sop terpaksa fikir dua kali. Biasanya Sop akan membantu aktiviti korban di surau area rumah mertua. Kejiranan di sini memang Sop kenal dan mudah untuk bekerjasama.

Nampaknya tahun ini tidak boleh membantu kot?



EmoticonEmoticon