25 November 2011

Berada di Puteri Garden, Klang, Selangor

Salam 1Malaysia kepada semua rakan-rakan.
Semoga sentiasa dirahmatiNya, amin.

Hari ini Sop berada di Puteri Garden, Klang, Selangor. Pertama kali Sop berada di hotel ini.

Minggu ini agak sibuk pula dengan tugasan pejabat. Bermula dari minggu lepas, bersambung-sambung. Kiranya bulan Oktober dan November bulan paling sibuk tahun ini.

Bagaimana hendak ke hotel ini? Walaupun pertama kali untuk ke sini, Sop tiada masalah untuk mendapatkan panduan kerana laman web Puteri Garden ada menyediakan peta dari beberapa arah. Pada mulanya Sop cuba mencari melalui GPS tetapi tidak tersenarai dalam peta GPS.

Panduan agak mudah, mulakan dengan carian balai polis Klang dan kemudian Jalan Istana. Banguan hotel ini adalah antara yang tertinggi di sekitar kawasan ini.

Malam ini baru daftar masuk dan tidak banyak yang boleh diceritakan dalam entry ini. Secara keseluruhan, hotel yang sangat menarik dari segi ruang makan, lobi adalah ringkas dan bilik yang kemas. Ruang bilik juga adalah selesa. WiFi hanya disediakan di kawasan cafe dan ruang lobi.

Lain-lain kemudahan belum dapat dipastikan. Jika kesempatan, akan cuba usha-usha nanti :)

Galeri gambar:






EmoticonEmoticon