21 November 2011

Antena TV untuk menonton bola sepak

Salam 1Malaysia kepada semua rakan-rakan.
Tahniah kepada pasukan Malaysia yang berjaya menewaskan pasukan Indonesia. Ia menjadikan kita mengekalkan pingat emas dalam sukan Sea kali ini.

Selepas pindah, talian Astro masih tidak boleh digunakan. Walaupun telah membuat aduan kepada pihak pengurusan PV13, ia masih tidak boleh digunakan. Hampir sebulan tidak menonton siaran TV di rumah. Hanya boleh layan DVD setakat hari ini.

Oleh kerana tidak mahu ketinggalan menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Malaysia dengan Indonesia, Sop terpaksa membeli antena TV dahulu. Malas hendak ke mamak kerana baru balik dari kerja terus ke klinik untuk membuat pemeriksaan berjadual Mrs Sop. Alhamdulillah, baby dalam kandungan sangat aktif dan sihat.

Dengan menggunakan kemahiran tahap amatur (kalau merosakan sangat mahir), antena dapat disambung. Dengan antena berharga RM5, kualiti gambar yang keluar juga kira-kira 5 ringgit juga. Dengan wayar yang pendek, tahap untuk ejas mengejas adalah terhad. Boleh keluar gambar pin kira sudah terbaik.

Akhirnya kami boleh melayan perlawanan malam ini. Tidak sia-sia membeli antena apabila pasukan Malaysia memenangi pingat emas dalam acara bola sepak.

Tahniah kepada pasukan negara!



EmoticonEmoticon