05 October 2011

Upgrade Galaxy Tab 2.2 (Froyo) kepada 2.3 (Gingerbread)

Salam 1 Malaysia kepada semua rakan-rakan.

Terima kasih kerana singgah ke blog Riwayat Hariku.

Semalam Sop berjaya membuat upgrade Galaxy Tab dari vesri Froyo 2.2 kepada 2.3 Gingerbread. Pada asalnya ragu-ragu juga untuk menaiktaraf takut jika terdapat sebarang masalah akibat upgrade tersebut. Namun kerana perasaan ingin mencuba, Sop teruskan juga niat tersebut.

Terdapat banyak tutorial yang terdapat hasil dari carian tetapi menjadi masalah apabila tidak tahu yang mana betul-betul boleh diikuti. Ini kerana Galaxy Tab sendiri mempunyai pelbagai versi, GSM lah, CDMA lah, versi Asia, Europe lah dan lain-lain lagi. Akhirnya Sop jumpa entry dari forum yang dihantar oleh rakan Thailand dan pada pendapat Sop, ia tidak beza dari Galaxy Tab Malaysia.

Dengan mengikuti langkah yang diberikan, proses upgrade berjaya dengan mudah. Galaxy Tab Sop berjaya diupgrade! Pada mulanya gembira sangat walaupun antara 2.2 dengan 2.3 tiada beza yang banyak namun kemudian menjadi gelabah apabila akaun Google untuk Android tidak dapat didaftar masuk. Kemudian internet juga tidak dapat dengan pelan data tidak berfungsi.

Jenuh juga terpaksa 'explore' balik satu persatu. Untuk mengaktifkan kembali data internet, Sop perlu setting kembali. Ini kerana apabila kita 'wide data/ factory setting, semua akan hilang. Untuk DiGi, aplikasi SIM Setting telah terpasang dalam menu aplikasi. Sop perlu mengaktifkan kembali setting tersebut. Jika tidak dapat, apa yang perlu dilakukan ialah cabut SIM dan pasang kembali untuk mendapat kembali setting SIM tersebut. Data internet dapat berfungsi dengan baik.

Kedua masalah yang dihadapi ialah tidak dapat 'sign in' akaun Google untuk Android. Ia memamparkan 'connection pada server Google gagal'. Beberapa kali mencuba hingga pagi ini, masih gagal. Apabila akaun Google Android tidak dapat didaftar masuk, semua aplikasi seperti Market, Youtube, Gmail dan lain-lain tidak dapat berfungsi. Hari ini, Sop terpaksa ke kedai mamak untuk mendapatkan WiFi. Apa yang Sop lakukan ialah 'wipe data/factory setting' dan daftar masuk ke akaun Google Android pada paparan awal. Akaun Google Android akhirnya berjaya didaftar masuk hari ini. (gembira)

Yang ketiga masalah yang dihadapi malam tadi ialah tearing internet laptop juga tidak berjaya selepas upgrade Galaxy Tab. Sambungan berjaya tetapi laptop tidak menerima akses internet. Agak pening mencari jalan penyelesaian sehingga tidak dapat jenguk ke blog. Malah, malam tadi terpaksa tidur lewat kerana mencari penyelesaian masalah di atas.

Akhirnya hari ini semua telah selesai. Semua masalah di atas telah dapat diatasi. Alhamdulillah :)

Kepada yang ingin membuat upgrade Galaxy Tab dari 2.2 kepada 2.3, sila rujuk tutorial ini. Fail download yang disediakan telah 'broken link" jadi anda perlu download dari sini.

Selepas ini, jika keluar ROM 3.0 Honeycomb untuk GSM Galaxy Tab, rasanya Sop tiada masalah lagi untuk upgrade. :)

Terima kasih kerana membaca entry ini.


EmoticonEmoticon