Pandangan peribadi blog Mustwany

terima kasih abg sop.memang banyak ilmu.sharing is caring tul.tapikan blog mas agak2 ok x?de pe2 pndangan abg sop utk dkritikkan x my blog tuh?

http://mustwaniekl.blogspot.com
Salam 1Malaysia kepada semua rakan-rakan.
Semoga semua sentiasa dirahmati dan dilindungi.

Petikan di atas merupakan komen dari maswani dari entry "Adakah entry blog anda dibaca pelawat? [Siri 2]". Ini bukanlah program review blog seperti senaegmen yang lama Sop buat dahulu tetapi sekadar pandangan peribadi mengenai blog maswani berdasarkan pertanyaan beliau.

Secara keseluruhan, blog maswani tiada masalah dan boleh dikategorikan blog yang baik. Namun maswanie masih boleh memperbaikinya agar bertambah baik. Beberapa cadangan dari Sop ialah seperti berikut:

* Warna blog - pemilihan warna blog adalah menarik (gabungan biru) yang sejuk mata memandang. Maswani boleh cuba perbaiki warna widget seperti komen terkini dan entry terkini yang agak tengelam.

* Susunan widget - seperti Sop pada awal berblog, semua widget ingin dimasukkan kerana blog seperti kosong. Maklum sahaja entry masih kurang dan suka mencuba widget-widget yang ada. Kesannya blog menjadi berat dan kurang tersusun. Maswani boleh menyusun widget supaya lebih kemas dan tidak terlalu jauh ke bawah. Apabila terdapat entry yang pendek, ia menjadi tidak balance antara widget dengan entry. Kurangkan widget yang tidak memberi manfaat kepada blog yer :)

* Penggunaan tajuk entry - tajuk entry bukan sahaja menarik tetapi juga perlu mesra SEO. Tajuk yang terlalu ringkas dan biasa-biasa kurang mendapat perhatian pembaca dan injin carian.

Rasanya itu sahaja yang ingin Sop sentuh mengenai blog maswani. Paling penting, teruskan menulis dan berkongsi info dengan pembaca. Semoga akan terus berjaya :)

Kepada rakan-rakan, jom lawat blog maswani di http://mustwaniekl.blogspot.com dan beri pendapat anda mengenai blog beliau. Semoga pandangan dan pendapat anda memberi imput yang berguna untuk perkongsian bersama.

Terima kasih kerana membaca entry ini.
Previous
Next Post »