30 October 2011

Tayar motor kena paku

Salam hari Ahad kepada semua rakan-rakan.
Terima kasih kerana singgah ke blog Riwayat Hariku. Jejak rakan-rakan akan dibalas (jika tinggalkan jejak heheheh)

Ini adalah entry tertunggak yang mana ceritanya semasa perjalanan ke Ipoh hari itu. Tidak sempat hendak membuat entry kerana sedikit kesibukan. Semalam pula sibuk dengan aktiviti mengemas rumah.

Tayar motor telah tertusuk paku semasa perjalanan ke Ipoh lagi. Semasa itu Sop perasan semasa singgah berhenti kerana hujan. Namun Sop biarkan sahaja paku tersebut melekat sehingga sampai ke Ipoh. Jika dicabut, pasti angin akan keluar.

Setelah selamat sampai, baru Sop cari kedai tayar kereta untuk menampal tayar tersebut. Tayar tanpa tiub lebih mudah berbanding menggunakan tiub.

Alhamdulillah juga kerana walaupun terkena paku, perjalanan masih dapat diteruskan sehingga ke destinasi.

Oleh itu, jika perjalanan jauh pastikan anda sentiasa memeriksa keadaan kenderaan anda.

Pesanan ini dibawah khas oleh Riwayat Hariku.



EmoticonEmoticon