26 October 2011

Selamat sampai di Seri Malaysia, Ipoh

Selamat petang rakan-rakan.
Alhamdulillah, Sop selamat sampai ke destinasi. Hari ini beberapa kali kena hujan tetapi hanya 2 kali sahaja berhenti apabila hujan terlalu lebat. Kali kedua berhenti kerana hujan di Baeah jambatan selepas hentian Tapah. Selepas je minum di Tapah tadi terus hujab turun. Terpaksa tunggu 20 minit di situ dan sempat berborak dengan rakan motor yang berhenti.

Beliau juga hendak ke Ipoh untuk mengambil isteri. Apabila ikut motosikal z1000, berasaplah motor Sop. huhuhuhu

Pada jam 5.30 petang Sop selamat tiba di Hotel Seri Malaysia. Entry tentang hotel ini akan dimasukkan dalam akan datang.

Terima kasih kerana membaca entry ini.



EmoticonEmoticon